Sunday, January 20, 2013

AL-IKHLAS


بِسۡمِ اللّٰہِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِیۡمِ

Assalamualaikum,

di sini saya ingin membahaskan sedikit tentang materi yang telah diperoleh antum tempoh hari yakni Al-Quran surah 112:1-4. Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk Adik-adik usrah kerana kelihatan semua pada waktu tu telah hilang konsentrasi, melawan mata dari tertutup… berada dalam keadaan separuh sedar.. dan ada juga yang da syahid hehe… dan disebabkan hal itu juga tafsir surah ini telah dipendekkan dan di short kan oleh murobbi antum sebab dia kesian tengok kondisi semua.

Baiklah, pertama sekali kita harus tahu bahawa surah ini berkait rapat dengan surah2 yang telah dibahas sebelum ini iaitu surah An-Nas dan Al-Falaq..  

Kenapa surah ini dinamakan Al-Ikhlas?? Hmm… apa erti ikhlas?

Ikhlas boleh memberi makna murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur dengan jenis atau benda yang lain. Tidak juga dinodai seperti air yang tidak becampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ia sudah tidak tulen lagi. Ikhlas juga merupakan buah dari TAUHID (biji benihnya).


Surah ini dinamakan sebagai Al-Ikhlas merujuk kepada Allah dimana Dia memerintah manusia mengakui kewujudan dan keesaan Allah SWT. Ia juga merujuk kepada sesiapa yang hendak melakukan sesuatu dengan ikhlas, haruslah dia menyertakan dengan tauhid kepadaNya. Surah Al-Ikhlas, juga dikenali sebagai Surah al-Tawhid. Konsep Tawhid dijelaskan dalam surah ini iaitu memisahkan perkara-perkara syirik dari Allah.

Baiklah sekarang kita akan mentadabbur surah ini sekali lagi dengan detail.


بِسۡمِ اللّٰہِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِیۡمِ

قُلۡ هُوَ اللّٰہُ اَحَدٌ
Katakanlah, “Dialah Allah, Yang Maha Esa /Say, "He is Allah , [who is] One

Ahad di dalam ayat tersebut member makna kepada SATU.

Ayat ini merujuk bahawa Allah itu adalah Illah atau membawa maksud
1.       Hanya dialah yang layak disembah dan segala pujian hanyalah untukNya.
2.       ‘He is The One, and only One that one’s heart should be attach’..    - walau di mana kita berada atau sedang lakukan, dia harus senantiasa berada diingat, memenuhi fikiran dan perasaan, dan sebati dengan hati (macam da kena tempel/terpatri dalam hati). Orang kata, sampai semua perbuatan dan tingkah laku adalah keranaNya.. Dialah sebab utama untuk hidup.
3.       ‘The Perfect One’ – kesempurnaan dalam segalanya. Ilmu, kekuatan dsb. Tiada yang dapat menandingi atau setara denganNya

  اَللّٰہُ الصَّمَدُ
Allah tempat meminta sesuatu (tempat bergantung). /Allah , the Eternal Refuge.

1.       Dialah tempat kita memohon pertolongan. Tiada siapa yang lebih layak untuk kita memohon pertolongan selain Allah, tatkala di waktu kesusahan mahupun di waktu senang.
2.        Diperbolehkan meminta tolong dari manusia tetapi hendaklah berkeyakinan (a) Allah yang mengabulkan permintaan; (b) Allah yang menggerakkan keinginan untuk makhluk menolong kita (kena doa … Ya Allah, gerakkan hati org ini untuk menolong aku) ; (c) makhluk tiada kuasa memberi pertolongan (i.e. ubat tidak boleh menyembuhkan) … salah kefahaman, maka boleh rosaklah aqidah kita. Aqidah kita mestilah `ikhlas – tulen / pure 100%’ untuk Allah.

لَمۡ یَلِدۡۙ وَ لَمۡ یُوۡلَدۡ
Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, / He neither begets nor is born,

Di dalam ayat Allah menafikan sifat lemah dan kekurangan di dalam sesuatu. Hal ini kerana:
1.       Sesuatu yang dilahirkan pasti akan mati. Itulah yang dinamakan dengan ‘cycle of life
2.       Process of aging. Apabila sesuatu itu dilahirkan, maka mereka akan bermula dengan kosong, kemudian mempelajari sesuatu perkara, mengulangi perkara tersebut sehingga mahir. Perkara ini mempamerkan sifat lemah yang bertentangan dengan sifat Allah.
3.       Untuk beranak memerlukan pasangan, kemudian proses beranak tersebut juga memerlukan tenaga serta memenatkan. Dan penciptaan setiap makhlukNya adalah secara berpasang-pasangan, agar mereka melengkapi satu sama lain.. perlu diingatkan bahawa Allah tegak dengan sendiriNya dan tidak bersandar kepada apa-apapon.

وَ لَمۡ یَکُنۡ لَّهّ کُفُوًا اَحَدٌ
Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.” / Nor is there to Him any equivalent."

Enough said. Ayat ini sangat jelas menunjukkan kekuasaan Allah yang tiada tandingan.



Jadi konklusi yang ingin diterapkan kepada semua adalah ayat ini menerangkan mengenai hakikat tauhid. Ia bukan sekadar mengakui kewujudan dan keesaan Allah SWT, tetapi juga beriktikad (kepercayaan dan pegangan) dengan sepenuh hati bahawa Allah SWT adalah Pencipta, Pemilik, Penguasa, Pentadbir dan Pengurus seluruh alam ini. 

Dengan kata lain, hanya Allah SWT yang berkuasa dan mempunyai hak ketuanan ke atas segala sesuatu tanpa sebarang persekutuan dan perkongsian dengan sesiapa pun. Oleh itu, Allah SWT yang Esa (ifrad) saja yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Ia adalah pengesaan Allah SWT dengan beribadah, tunduk dan taat sepenuhnya. 

Last but not least, semua amalan haruslah berpaksi kepadaNya agar mendapat keberkatan dan pertolongan dariNya.

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment