"To move forward is to change.. take the first step & everything will follow"
Sesungguhnya perubahan itu memerlukan proses yang lama (except kpd org yg OSEMM! iman yg kental & jitu) tapi tak semestinya susah dan impossibru..
oh yes, cakap pasal berubah ni sebenarnya ada dua... yang pertamanya yang harus dilakukan dengan segera & wajib, tiada time lag untuk penyesuaian diri! seperti menutup aurat dan melaksanakan perintah solat 5 waktu sehari! tiada kompromi dalam melaksanakan perintah yang wajib ini.. masakan bertangguh, esok pon tak tentu mata celik!
Yang kedua pula adalah yang boleh mengikut peringkat, seperti breaking the habit. ini yang sebenarnya nk ditekankan dalam post kali ini.. Sebagai manusia Beansprout(BS) sendiri tidak terlepas dari perkara ini, seperti antum/antunna sekalian.. Setelah selesainya urusan dunia yang akan mempengaruhi result kelak, sudah tibanya masa untuk beruzlah... Pergi pantai cari gua untuk tafakur dan muhasabah maka al kisah terperaplah di dalam gua untuk meneliti kehidupan yang telah dilalui sepanjang semester ini.. *berpeluh tahap air hujan*
ok cukup sampai di situ cerita tentang diri, point penting yang perlu diambil dalam kisah(supersingkat) tadi [keyword: muhasabah & introspeksi diri]
Ahah, ada masanya orang yang menerusi jalan ini akan ditimpa pelbagai fitnah dan halangan, jangan mengeluh! La Tahzan, La Takhaf! Innallaha ma'ata.. Jangan Bersedih, Jangan Takut! Sesungguhnya Allah Bersamamu... ayat ini juga sesuai dengan firmanNya:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [29:2]Perubahan akan senantiasa diperlukan bagi setiap individu kerana ia merupakan proses tarbiyah yang terus menerus sehingga ke liang lahad.. wahai rijal, bangkitlah dari tidurmu yang nyenyak dan masuklah ke dalam Islam secara kaffah!
akhir kalam, lakukan perubahan agar hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik daripada hari ini.. biar bersusah sekarang, Allah akan menjadi saksi pada perubahan yang engkau lakukan.... Kalau bukan sekarang bila lagi?
Hidup manakah yang tiada cabaran,
Hidup manakah ibarat mentari penuh sinaran,
Apa erti hidup yang berpaksikan noda dan jahiliyyah sebagai sandaran,
Apakah mereka tidak takut akan amaran?
Andai engkau takut untuk melangkah,
Pasti engkau merana tak kesudahan,
Andai engkau mengorak langkah,
Pasti urusanmu Allah permudahkan.


No comments:
Post a Comment